Manusia atau individu yang normal tidak akan format laptop mereka sesuka hati. Format komputer adalah keputusan terakhir selepas beberapa penilaian telah dibuat. Ia juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Tetapi jika PC atau laptop sudah kritikal atau sesak nafas nak berfungsi, jangan tunggu dan berlengah lagi sebelum ia menjadi lebih parah.
Berikut adalah 3 sebab kenapa anda WAJIB format komputer anda:
1. Menaiktaraf ‘Operating System (OS)’ Komputer
- Hanya kerana komputer anda didatangi dengan Windows 7, tidak bermakna anda harus menggunakan Windows 7 selamanya. Anda mungkin perlu menukar atau menaik taraf OS komputer anda. Bagi mendapatkan OS yang baru, format adalah jalan permulaannya.
- Virus datang dari fail-fail rosak atau fail yang di "download" yang telah diubah suai. Ia cenderung menyerang fail di dalam sistem komputer. Virus mengurangkan kecekapan sistem dengan mengambil alih banyak kerja dari CPU. Ini menyebabkan aplikasi lain sukar untuk berfungsi dan komputer menjadi terlalu berat dan perlahan. Jika terlalu parah, jalan penyelesaiannya adalah dengan format semula sistem komputer.
- Selain dari bertukar ke "SSD" atau menaiktaraf "RAM" komputer anda, format juga boleh menjadi solusi kepada masalah komputer yang lembap. Walau bagaimanapun, format tidak akan selamanya membantu dalam meningkatkan kelajuan sistem komputer anda. Faktor lain juga perlu dilihat juga dari iaitu dari fail atau aplikasi yang dipasang pada komputer dimana tidak bersesuaian dengan spesifikasi komputer tersebut yang tidak dapat menampung beban untuk menjalankannya di sebabkan komputer sudah terlalu lama.
* Untuk khidmat nasihat terus berkenaan permasalahan lain anda boleh terus menghubungi atau menghantar soalan untuk admin beri petunjuk jawapan dan solusi untuk mengatasinya.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen dan maklum balas anda.