PUNCA & KENAPA INTERNET ANDA LEMBAP?


10 Cara Ini Dapat Lajukan Line Internet Anda

    Bila ada sesuatu tugasan atau kerja nak cepat, ada saje masalah Internet ni kan? Tidak kira la peringkat usia masalah tersebut cukup mencabar kesabaran. Dibawah ini penulis himpunkan rungutan permasalahan yang sering di timbulkan oleh pengguna awam.

  1.  "Saya Dah Pakai Internet Unifi, Tapi Tak Laju Pun?"

  • Patut lah slow, rupanya anda guna Unifi Lite (copper, streamyx) atau pakai Unifi Air/ Mobile (cellular). Teknologi copper & cellular memang tidak laju atau stabil. Banyak faktor perlu diambil kira seperti signal jarak dari pemancar, keadaan bentuk muka bumi dan lain-lain lagi.

Cara Atasi: Jangan tersalah pailih plan/ pakej internet. Sila pakai plan fibre internet. Tak kiralah syarikat telekomunikasi telco apa pun seperti Maxis, Celcom, Digi, Time, Astro apa pun, fibre mesti lebih baik, laju & stabil.

    2.  “Bila Malam Mesti Slow, Unifi Sekat Speed Ni”

  • Traffic jam atau masalah ini berpunca pada router anda. Router basic tak mampu untuk melayan banyak device serta tidak mempunyai teknologi bagi 

Cara Atasi: Sila guna router WiFi6 keatas yang menggunakan processor yang kuat dan stabil. Seperti contoh jenama dibawah ini :

  • TP Link AX20 
  • Huawei AX3 Quad Core 
  • ASUS AX55
    3. “Saya Dah Pakai Internet Fibre Tapi Internet Masih Lagi Slow”
  • Jika anda memakai komputer/ laptop lama yang berusia serta "low spec". Kebiasannya jika RAM tidak cukup, bila anda buka "browser internet" 2-3 tabs pun dah semput.
Cara Atasi: Anda boleh menaik taraf komputer/ laptop anda, dengan cara menambah RAM atau menukar "processor" atau "storage HDD". Selain itu boleh upgrade "wifi receiver" kepada model yang terbaru. Cara terakhir jika masih tidak berkesan bolehlah upgrade komputer/ laptop kepada yang baru.

    4. ”Saya Bayar Pakej 300mbps Tapi Kat PC Dapat 50mbps Saja”

  • PC Gaming Master Race, CPU High End Power, GPU dah ganas, Case penuh RGB. Tapi WiFi adapter pakai USB murah saja.
Cara Atasi: Untuk pengguna PC silalah upgrade WiFi adapter anda dengan cara memakai "PCIE WiFi Adapter WiFi6/ 6E" keatas. Ia lagi kuat untuk tarik signal dan menampung kelajuan pakej tersebut. Jika pengguna laptop boleh dapatkan "USB Adapter AX1800 WiFi6/ 6E". 

    5. “Saya Pakai Internet Fibre Tapi Signal Masih Tidak Kuat”

  • Bila diselidik rupa-rupanya rumah dia besar dua tingkat dan banyak dinding. Router yang ada tak mampu nak cover satu rumah itu.
Cara Atasi: Pakailah "Mesh System" untuk cover seluruh rumah anda atau jika nak dapatkan signal yang menyeluruh meliputi kawasan yang besar.

    6. “Saya Dah Pakai Internet Fibre, Tapi Bila Main Game Masih Lagi Slow”

  • Rupanya main game server EU atau North America.

Cara Atasi: Sila tukar kepada server asia. Atau cek semula sistem komputer anda adakah support untuk bermain games online.

    7. “Pakej 300mbps, Tapi Bila Download Tak Dapat Pun Speed Itu.”

  • 300 MegaBITS/second & 300 MegaBYTES/second tak sama unit. Download speed juga bergantung kepada "speed server"

Cara Atasi: Guna speedtest atau https://fast.com, tengok berapa megabits atau download guna server pakej premium.

    8. “Saya Pakai Dah Repeater, Signal Kuat Tapi Slow”

  • Fungsi "repeater" hanya tolong kuatkan signal saje. Tapi speed memang "half."
Cara Atasi: Untuk yang terbaik pakailah sistem "Mesh".

    9. “Saya Pakai Mesh Deco M4 Yang Telco Bagi, Kenapa Slow Juga”

  • Telco semasa pemasangan tidak pernah bagi Mesh percuma jika bukan pakejnya. Yang diberi itu router yang basic saja WiFi4 - WiFi5. Jika pandai boleh minta yang WiFi6

Cara Atasi: Sudah tahun 2022, boleh pakai router WiFi6 dan keatas. Signal untuk router WIFI6 ni lagi padu dan dapat pergi jauh berbanding WiFi5.

    10. “Saya Nak Wifi Yang Laju Tapi Saya Takde Duit Nak Upgrade”

Cara Atasi: Pakai "cable LAN/ RJ45." Pandai-pandailah pasang wayar buat sambungan di dinding. Cara ini jimat kos tapi sukar untuk pemasangan jarak jauh.

  • Cat 6/ 7 - LAN Cable (High Speed Support)
  • Cat 5 - LAN Cable  (Basic Speed)

- Dah tau kan kenapa WiFi anda slow serta bermasalah? Jika masih tidak membantu bolehlah segera rujuk kepada yang pakar atau segera menghubungi saya.


Ulasan