Jika anda membeli telefon pintar baharu, kemungkinan anda hanya dapat memilih dua jenis platform pada tahun 2022 ini iaitu sama ada Android atau iPhone kerana kedua-dua platform ini secara amnya menguasai keseluruhan pasaran telefon pintar di seluruh dunia. Berdasarkan laporan dari IDC (smartphone market share), hanya kurang dari 0.1% sahaja telefon pintar yang menggunakan platform selain dari Google Android dan Apple iOS. Oleh yang sebab itu, artikel ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan kelebihan dan kekurangan di antara dua platform utama telefon pintar ini. Debat Android vs. iPhone ini kian rancak lantaran Apple telah menerbitkan iOS 15 , manakala Google pula melancarkan Android 12 baru-baru ini. Kedua-dua platform ini juga boleh dikira matang pada peringkat ini selepas lebih dari sedekad ia diperkenalkan. Jurang kekurangan antara satu sama lain juga kian mengecil apabila kedua-duanya saling mempelajari apa yang diperlukan oleh pengguna. Terlebih...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain