Anda hendak menukar kad debit Maybank akibat sudah tamat tempoh atau rosak tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Di sini kami akan ajar anda cara mudah untuk di kongsi ini.
Sebelum itu, anda perlu memastikan bahawa kad debit anda bukan:
- Kad Debit Visa Barcelona FC
- Kad Debit Visa Bergambar
- Kad Debit Visa Premier
* Anda diingatkan bahawa proses pertukaran kad ini anda akan dicas sebanyak RM 12.00 dimana ia akan ditolak dari akaun bank anda.
Berikut adalah langkah cara pertukaran kad debit Maybank ini.
1. Pergi ke laman sesawang perbankan Maybank atas talian iaitu Maybank2U dan log masuk.
5. Pada menu "Manage Debit Cards" ini, pilih "Debit Card - Replace, Activate & Block"
6. Tekan butang menu 3 titik.
7. Pilih "REPLACE CARD"
8. Pastikan maklumat alamat anda betul. Klik pada ruang yang disediakan jika anda setuju dengan terma dan syarat. Kemudian tekan "REPLACE CARD."
9. Anda perlu mohon dan masukkan "No. TAC" yang akan dihantar di telefon amda. Setelah selesai, anda akan diberikan satu notifikasi bahawa pertukaran kad anda telah berjaya.
Akhir sekali, anda hanya perlu menunggu kad debit baharu anda diproses dan dihantarkan ke alamat yang telah anda masukkan. Proses ini akan mengambil masa kurang daripada 10 hari.
Proses selepas anda terima kad baharu, kad tersebut perlu diaktifkan dengan 2 cara dibawah ini:
- Mesin ATM Maybank
- Laman Sesawang Maybank2U
Itu sahaja perkongsian daripada kami. Harap bermanfaat untuk dikongsi bersama.










Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih atas komen dan maklum balas anda.